Hasrat bercuti di London berkecai, lelaki rugi RM11,530

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk bercuti ke London bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia diperdaya seorang wanita yang kononnya ejen dari sebuah syarikat penerbangan.

Pada Jun lalu, mangsa berusia 29 tahun membuat pembayaran sebanyak RM11,530 ke dalam akaun seorang wanita bernama Maizura Mohammad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga pemilik sebuah bengkel di daerah ini membuat tempahan penerbangan untuk lima orang pada 13 Oktober hingga 23 Oktober 2019.

"Selepas membuat pembayaran, suspek menyerahkan bukti 'screenshot' (tangkap layar) kepada mangsa.

"Bagaimanapun ketika membuat semakan dengan Emirates Airlines tiada pembelian tiket dibuat atas namanya dan ahli keluarga," katanya.

Beliau berkata, menyedari sudah diperdaya mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

"Modus operandi digunakan ialah dengan memperdaya mangsa membeli tiket penerbangan menyebabkan mangsa kerugian besar.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kita dalam usaha mengesan suspek," katanya.

Artikel Berkaitan: