Gempar lelaki jatuh sungai

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Uptown Klang menghala Kota Kemuning semalam.

Ketika kejadian, mangsa memakai baju putih lengan pendek dan juga berseluar pendek, bagaimanapun umur tidak dapat dikenal pasti.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Juyana @ Azlan Musa berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 4.13 petang.

"Sepasukan anggota Bomba dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima makluman seorang lelaki telah terjun ke dalam sungai di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Seterusnya anggota bersama jentera bergerak ke Uptown Seksyen 24 untuk melakukan staging area.

"Kerja-kerja pencarian sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: