Dr Streram sokong pelantikan Rafizi sebagai Naib Presiden PKR

S Streram
S Streram
A
A
A

REMBAU - Pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti untuk melantik sesiapa yang layak, kata Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram.

Dr Streram berkata beliau menyokong sepenuhnya pelantikan Rafizi sebagai naib presiden PKR kerana Rafizi merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa dan bekerja kuat dalam parti meskipun tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden pada proses pemilihan PKR lepas.

"Ini bukan lagi soal team Azmin atau team Rafizi...kita mahukan satu pasukan yang progresif untuk parti boleh bergerak dan mempunyai hala tuju yang jelas.

"Kita mahu satukan dua pasukan tersebut dan sekarang kita hanya ada satu pasukan sahaja iaitu team Anwar, tiada seorang pun boleh halang dan tentang keputusan yang telah dibuat oleh presiden kita,” katanya kepada media selepas program Back To School di Rantau dekat sini hari ini.

Dalam program tersebut, Dr Streram yang juga Penyelaras Dun Rantau berkata bantuan kelengkapan sekolah ini diberikan kepada 400 murid daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berumur tujuh hingga 12 tahun.

"Hari ini seramai 200 pelajar menerima bantuan beg sekolah, kelengkapan sekolah berserta baucar Mydin bernilai RM50 manakala 200 lagi pelajar akan diberikan kemudian pada masa terdekat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: