Tolak rasis melalui lagu

Kejayaan Arvind Raj, Prem Darsha dan Sri Sidhartha turut dibantu rakan-rakan pemuzik Melayu.
Kejayaan Arvind Raj, Prem Darsha dan Sri Sidhartha turut dibantu rakan-rakan pemuzik Melayu.
A
A
A

PERASAAN mereka tidak tenang malahan sedih melihatkan sentimen perkauman terus tersebar luas di media sosial. Jiwa mereka sebagai penyanyi mula terfikir ingin mencetuskan idea agar isu-isu sensitif ini dapat dipadamkan segera.

Ketiga-tiga penyanyi ini, Arvind Raj, Prem Darsha dan Sri Sidhartha yang berpadu tenaga bersama rakan-rakan pemuzik daripada kaum Cina dan Melayu akhirnya berjaya mencipta sebuah lagu dalam usaha menolak segala bentuk fahaman rasis yang boleh merosakkan negara ini.

Mereka menghabiskan masa selama sehari untuk menghasilkan lagu bertajuk, Melayu. Cina. India yang bertemakan rasa benci terhadap pelampau perkauman di samping ingin membawa mesej memupuk perpaduan antara kaum.

Sebaik sahaja memuat naik ke dalam media sosial, persembahan mereka yang bersahaja itu menerima pujian dan sokongan yang menggalakkan daripada netizen.

Kata Arvind, mereka berharap melalui lagu yang menyelitkan lirik yang penuh berharmoni, ia dapat menyemarakkan semangat muhibah dan bukan kebencian.

“Biarlah kita sama-sama menghakis isu-isu rasis. Ketika semakin banyak isu perkauman tersebar di dalam internet, ia telah mendorong kami untuk menghasilkan lagu Melayu. Cina. India ini.

“Lagu ini boleh menyemai benih-benih kecintaan dan keharmonian. Apa yang kami inginkan ialah dengan penglibatan tiga kaum yang menjayakan video klip ini, ia boleh menyuntik tenaga baharu sebagai sebuah negara yang bersatu padu,” kata Arvind.

Arvind yang bertanggungjawab sebagai penyanyi utama dan komposer bagi lagu itu mengakui masih terdapat segelintir orang yang cuba membangkitkan sentimen perkauman tetapi keadaan itu tidak menggambarkan hubungan antara kaum di negara kita renggang secara keseluruhannya.

Artikel Berkaitan:

“Kejadian pergaduhan kaum dan kenyataan melampau dalam media sosial tidak memberikan gambaran sebenar masyarakat kita pada hari ini. Saya adalah kaum India dan saya melihat kejadian ini daripada pandangan kaum India. Apa yang boleh saya katakan, setiap orang India sekurang-kurangnya mempunyai seorang rakan kaum Cina dan Melayu,” katanya.

Prem Darsha pula berpendapat, mereka mempunyai ramai rakan bukan India dan apabila tercetusnya isu perkauman di dalam media sosial, mereka segera menjelaskan pendirian mereka, iaitu mesti mengutamakan keharmonian antara kaum.

“Ketika berlakunya isu seorang lelaki yang memarahi seorang jurujual wanita Cina yang mempromosikan minuman keras yang disiarkan dalam internet, ramai rakan saya begitu terkejut selepas menontonnya.

“Ketika itulah kami pun mengambil keputusan untuk menciptakan lagu ini dengan liriknya mengandungi tiga bahasa, iaitu bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil,” katanya yang tidak menyangka mereka boleh menjadi popular secara tiba-tiba hanya melalui lagu tersebut.

Video klip lagu Melayu. Cina. India diterbitkan oleh Syarikat Muzik, Music Kitchen dengan dibantu tiga penyanyi Melayu sebagai penyanyi latar sementara Blake Yap bertindak sebagai pengarah.

Sehingga kini, video klip tersebut telah ditontoni lebih 132,000 orang selepas dimuat naik pada Disember tahun lalu.

Lirik lagu: Melayu. Cina. India

Satu sama satu kami warga Malaysia,

Memang tak kisah pasal perkauman,

Budak Melawati kita cerita pembangunan.

Malaysia right now we don’t need

no vambu Sande, Thoondividura

kootathukku podengeda takkeh,

Makkeh chill, Makkeh stay calm,

Makkeh don’t stray, Ondraaga

sarithiram padaipom all the way.

Member member aku Melayu,

Ada member Cina, I’mma Tamileh bersama kita membina,

Ada sesetengah yang ungkit nak kita buat gaduh,

Bersatu kita teguh, cerai kita roboh,

They racist

They tryna split us up,

But face this, I’m color blind, so underline

And understand that they got some plans,

To blind us up, but we got to fight,

as one we stand,

You know I know, our times notup.

Different ama but we more than friends,

And yea you can reach for my hand

and imma show my way,

I bet my life on you,

you’ll never see another 13th of May,

Sarithirathil peru podum intha naade,

Yaarune ketta Malaysian ne solle,

Melayu Cina India tidak berbeza.