Bertelagah gara-gara buaya

Pihak berkuasa ingin memindahkan Howard kerana didakwa berbahaya kepada manusia. - Foto AFP
Pihak berkuasa ingin memindahkan Howard kerana didakwa berbahaya kepada manusia. - Foto AFP
A
A
A

CAIRNS - Seorang kanak-kanak 10 tahun sanggup menulis surat kepada Menteri Alam Sekitar Queensland, Leeanne Enoch, demi untuk menyelamatkan seeokor buaya yang tinggal di sebuah sungai di barat laut Australia daripada ditangkap.

Keputusan pihak berkuasa untuk memindahkan haiwan pemangsa diberi nama Howard atas alasan ia membahayakan manusia turut mencetuskan perbalahan dengan penduduk tempatan yang sudah pun menyayangi reptilia tersebut.

"Saya tinggal di Bamboo Creek Road selama lima tahun dan suka melihat Howard berjemur serta melihat ia dari jambatan pada setiap petang," tulis Elroy Woods dari bandar kecil Miallo.

Pemilik perniagaan pelayaran buaya tempatan, David White memberitahu, terdapat 300 emel dihantar untuk terus mengekalkan haiwan sepanjang empat meter itu di habitat asalnya dan cuma satu aduan diterima.

Suara hati penduduk tempatan turut didengari Zoo Australia Queensland yang dikendalikan balu pemburu buaya Steve Irwin yang juga menyatakan sokongannya.

Zoo berkenaan dalam tweetnya berkata, mereka berbangga dengan usaha Woods melindungi Howard sambil menambah pemangsa di tempat teratas rantaian makanan itu adalah paling penting dalam ekosistem.

Kerajaan bagaimanapun menegaskan perangkap akan tetap dipasang namun Howard tidak akan dibunuh selepas ditangkap.

Sementara itu, pegawai alam sekitar menyifatkan keseimbangan antara keperluan untuk melindungi keselamatan awam dan memulihara populasi buaya liar perlu dilakukan. - AFP

Artikel Berkaitan: