Melaka aktifkan pelan tindakan jerebu

Rosli menunjukkan dua lokasi berwarna kuning iaitu di Alor Gajah dan Bukit Rambai yang mencatatkan IPU tidak sihat di negeri ini selepas sidang media di sini, hari ini.
Rosli menunjukkan dua lokasi berwarna kuning iaitu di Alor Gajah dan Bukit Rambai yang mencatatkan IPU tidak sihat di negeri ini selepas sidang media di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangaan Negeri selepas dua stesen pengawasan kualiti udara mencatatkan status kualiti tidak sihat.

Pelan tindakan itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka Rosli Osman berkata, kawasan Bukit Rambai dan Alor Gajah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi IPU 100 bermula jam 11 pagi tadi dan dianggap sebagai status amaran awal satu manakala Bandaraya Melaka menunjukkan IPU 98.

"Usaha ini juga bertujuan menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan berdepan dengan situasi jerebu di negeri ini," katanya kepada di pejabatnya di Menara Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat jam 4 petang IPU di dua kawasan itu masih berada pada status tidak sihat.

Rosli menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar selain mengamalkan minum banyak air serta tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.

No Image Caption

Tambahnya beberapa tindakan susulan turut diambil termasuk menjalankan operasi harian dan menyampaikan maklumat mengenai jerebu.

Artikel Berkaitan:

"Kita menggalakkan pengguna telefon mudah ali memuat turun aplikasi MYIPU untuk mengetahui bacaan kualiti udara dari semasa ke semasa," katanya.

Rosli turut memberitahu, dalam tempoh lapan bulan tahun ini sebanyak 314 aduan diterima dan daripada jumlah itu sebanyak 210 aduan membabitkan pembakaran terbuka.

"Sebanyak 92 tindakan telah diambil termasuk mengeluarkan dua kompaun, surat amaran, notis arahan dan kertas siasatan dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu.

"Kita juga meminta orang ramai bekerjasama memadamkan kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka melalui talian bebas tol 1800882727," katanya.