X

Kindly register in order to view this article
!

Doa Tun M buat Harimau Malaya

Paparan skrin ciapan Perdana Menteri di laman mikro Twitter miliknya.
A
A

PASUKAN Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menerusi laman Twitter, Dr Mahathir mendoakan kejayaan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan kedua saingan kelayakan itu yang bermula 8.45 malam ini.

“Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini.

“Saya berharap para penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan yang padu buat pasukan negara kita. Buktikanlah bahawa #MalaysiaBoleh #KamiTeamMalaysia,” katanya.

Malaysia kini mengungguli saingan Kumpulan G dengan tiga mata mengatasi Thailand dan Vietnam dengan satu mata di tempat kedua dan ketiga sementara perlawanan hari ini merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.

Pada aksi pertama kempen kelayakan itu, Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Khamis lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak mustahil Harimau Malaya cipta kejutan ke atas UAE'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!