Tudung bawal tiruan RM10 dirampas

Omar (tengah) menunjukkan antara tudung bawal tiruan yang dirampas di sebuah premis pemborong tudung di Jalan Langgar, Alor Setar hari ini.
Omar (tengah) menunjukkan antara tudung bawal tiruan yang dirampas di sebuah premis pemborong tudung di Jalan Langgar, Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 1,631 unit tudung bawal tiruan bernilai RM24,465 dirampas di sebuah premis pemborong tudung di Jalan Langgar, Alor Setar dalam Ops Barang Tiruan hari ini.

Operasi dilakukan selepas menerima aduan pemilik asal tudung berkenaan yang juga mempunyai cap dagang tudung itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kedah, Omar Ismail berkata, tudung tiruan itu dijual pada harga serendah RM10 sehingga RM15 sehelai.

"Seorang pekerja wanita di kedai tersebut yang berumur 28 tahun ditahan untuk siasatan. Dipercayai tudung yang diciplak daripada jenama terkenal itu juga sudah mula dijual di beberapa kedai lain," katanya pada sidang media di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muazam Shah di Anak Bukit semalam.

Omar (kiri) mendengar penerangan dari Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri (kanan) tentang perbezaan di antara tudung bawal exclusive original dan tiruan.
Omar (kiri) mendengar penerangan dari Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri (kanan) tentang perbezaan di antara tudung bawal exclusive original dan tiruan.

Difahamkan tudung bawal original dijual pada harga bermula RM57 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sehelai.

Omar berkata, rampasan tudung itu adalah kali pertama di negeri ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 8(2)(c)APD 2011.

"Risikan awal pengedar tudung tiruan itu sudah pun beroperasi sekian lama dan mereka bertukar-tukar menjual tudung tiruan jenama terkenal mengikut permintaan pasaran.

Artikel Berkaitan:

"Tudung tiruan yang dirampas ini dipercayai sudah mula dijual sejak dua minggu lalu," katanya.

Beliau mengingatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan barang tiruan kerana menjejaskan perniagaan pemilik sebenar tudung selain kualiti rendah," katanya.

Omar meminta kerjasama orang awam bagi membanteras kegiatan penjualan barang disyaki palsu atau menggunakan perihal dagangan palsu,"katanya.