5 hektar ladang MARDI terbakar berjaya dipadam

Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Mardi Pontian.
A
A

PONTIAN - Kira-kira 5 hektar ladang tanah gambut milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Pertanian di Jalan Johor-Pontian yang terbakar pada 3 September lalu sudah berjaya dipadam setakat jam 2.45 petang hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Johor, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Pontian Baru, Pekan Nanas, Pontian, Rengit; Angkatan Pertahanan Awam; Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Permas dan MARDI.

Parit digali sebagai langkah memadam kebakaran ladang tanah gambut di Mardi Pontian.
Parit digali sebagai langkah memadam kebakaran ladang tanah gambut di Mardi Pontian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang MARDI di Pontian terbakar

Katanya, tiga kaedah pemadaman digunakan iaitu fire breaker (gali parit); total flooding (membanjirkan kawasan agar air meresap) dan direct attack (pancutan terus ke kawasan kebakaran).

Pada 3 September lalu, ladang tanah gambut seluas kira- kira 7.5 hektar di Mardi terbakar.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia