Jaipk anjur solat sunat mohon hujan di semua masjid

Jaipk akan mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di semua masjid negeri dalam tempoh terdekat.
Jaipk akan mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di semua masjid negeri dalam tempoh terdekat.
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di semua masjid negeri dalam tempoh terdekat.

Solat itu juga dicadangkan Jabatan Kemajuan Islam Perak (Jakim).

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusof Husin berkata, jabatan itu akan mengesyorkan kepada semua jawatankuasa masjid supaya mengambil inisiatif mengadakan solat sunat tersebut bagi memohon kualiti udara kembali pulih.

"Jerebu yang melanda negara kini mengakibatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa daerah terutama di Manjung dan Ipoh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

No Image Caption

Sementara itu, bacaan IPU di empat stesen menunjukkan paras sederhana apabila kawasan Tasek dan Pegoh, Ipoh mencatat bacaan 81 dan 86 manakala Seri Manjung pula mencatatkan 79 dan Taiping pula hanya 67 setakat jam 3 petang.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar rumah dan mengurangkan aktiviti luar seperti beriadah serta bersukan yang agresif.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Jakim memohon kerjasama Jabatan Agama Islam seluruh negara mengadakan solat sunat Istisqa.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Semua masjid diminta adakan solat sunat mohon hujan