Calon UPSR dipindahkan angkara jerebu

Aminolhuda membantu murid SK Parit Selangor memakai penutup mulut dan hidung ketika mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan, tengah hari tadi.
Aminolhuda membantu murid SK Parit Selangor memakai penutup mulut dan hidung ketika mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan, tengah hari tadi.
A
A
A

PONTIAN- Seramai 14 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Selangor dipindahkan ke SK Kampung Sawah akibat indeks pencemaran udara (IPU) mencapai bacaan 230 setakat jam 10 malam tadi.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, lokasi sekolah terbabit hanya 2km dari ladang tanah gambut di Mardi Jalan Johor-Pontian yang terbakar sejak minggu lepas.

"SK Parit Selangor adalah sekolah pertama di negeri ini yang memindahkan calon UPSR disebabkan jerebu dari asap pembakaran terbuka ladang tanah gambut," katanya selepas melawat SK Parit Selangor di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memasang alat bacaan IPU di SK Parit Selangor minggu lepas selain pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah mengikut prosuder ditetapkan Kementerian Pendidikan sewaktu jerebu

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan Pegawai PPD Pontian, Shahruddin Basri Ibrahim.

fffff
fffff

Aminolhuda berkata, sesi persekolahan melibatkan 144 murid di SK Parit Selangor masih diteruskan seperti biasa.

"Setakat jam 8 pagi tadi, IPU pada bacaan 194. Mengikut peraturan ditetapkan sekolah hanya boleh ditutup jika bacaan IPU melebihi 200. Calon UPSR dipindahkan ke sekolah lain bagi membolehkan mereka berada di persekitaran yang lebih baik untuk menjawab peperiksaan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, semua murid di SK Parit Selangor yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid dibekalkan dengan penutup mulut dan hidung,"katanya.

UPSR hari ini masuk hari ketiga.