X

Kindly register in order to view this article
!

Tip cegah penyakit, pemakanan semasa jerebu

PAKAI penutup hidung dan mulut apabila berada di luar.
A
A

INDEKS Kualiti Udara atau IPU dilaporkan oleh media tempatan semakin tidak selamat. Beberapa kawasan sudah dikenal pasti mempunyai IPU membahayakan kesihatan.

Keadaan jerebu yang berterusan boleh memberi kesan buruk dari segi kesihatan terutama kepada mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respitori.

Kesan jerebu juga kepada mereka yang sensitif pada habuk, asap rokok dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Bagi mencegah masalah kesihatan disebabkan oleh jerebu, tip berikut boleh membantu antaranya:

1. Pakai penutup hidung dan mulut

Dipakai apabila membuat sebarang aktiviti di luar.

2. Dapatkan rawatan segera

Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan kadar segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

3. Kerap membasuh muka

Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu serta mengurangkan aktiviti di luar rumah.

4. Minum banyak air.

5. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

6. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Selain itu anda turut boleh mengamalkan pemakanan sihat semasa jerebu bagi meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada pelbagai penyakit berkaitan jerebu.

Berikut beberapa tip pemakanan sihat semasa jerebu:

1. Kurangkan makanan masin

Hadkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

2. Tingkatkan pengambilan air

Ambil jus atau buah-buahan, sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayur mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air bagi mengelakkan dehidrasi.

3. Sediakan bekal

Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar pilih tempat bertutup dan berada dalam bangunan.

4. Elak minuman kafein

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan beralkohol boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.

5. Ambil makanan tinggi nutrisi

Makan makanan tinggi kandungan vitamin C, E dan omega- 3 bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

SUMBER: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia