Kemudi kutuk pihak ugut bunuh wartawan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu, yang mengugut wartawan Berita Harian (BH) ekoran pendedahan berita yang dibuatnya beberapa hari lalu.

Presiden Kemudi Azran Fitri Rahim berkata tindakan pihak tersebut amat tidak bertamadun dan tidak seharusnya berlaku dalam dunia hari ini, kerana ruang turut disediakan seluas-luasnya untuk menjawab kembali pendedahan yang dibuat.

"Justeru, Kemudi menggesa pihak berkuasa supaya melakukan siasatan dan mengambil tindakan segera, terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan dan tindakan berat harus dikenakan terhadap pengugut bagi memberikan pengajaran kepada yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, BH mengesahkan seorang daripada wartawannya menerima ugutan bunuh, susulan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar terbabit.

Azran berkata pihaknya berharap ugutan tersebut tidak mematahkan semangat wartawan terbabit, untuk terus membuat pendedahan dan menghasilkan karya yang terbaik untuk pembaca.

"Wartawan adalah suara rakyat untuk kebaikan semua," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: