Rakaman audio 'kawtim' dihantar ke forensik

Datuk Razarudin Husain
Datuk Razarudin Husain
A
A
A

PARIT - Rakaman audio 'kawtim' yang didakwa melibatkan pegawai khas Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Yunus Jamhari dengan anggota polis yang tersebar sebelum ini akan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, rakaman suara berkenaan dihantar bagi mengenal pasti pemilik suara audio tersebut.

"Kita tengah siasat, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan masih dijalankan di mana audio tersebut akan dihantar ke forensik untuk menentukan suara berkenaan milik siapa.

"Kita masih belum dapat tentukan apakah suara tersebut adalah suara pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Razarudin berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas hadir pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes sogok polis, Abdul Yunus tidak tergugat

Rakaman audio 'kawtim': Pegawai khas Abdul Yunus bakal lapor polis


Menurut Razarudin, dua laporan polis yang dibuat oleh exco serta pegawai khasnya berhubung isu berkenaan turut dikepilkan bersama kertas siasatan audio tersebut.

"Audio 'kawtim' yang dikatakan pegawai polis terlibat itu, kalau ikutkan bukan suara dia dan pihak polis sudah mengambil kenyataannya," katanya.

Terdahulu, Abdul Yunus dan pegawai khas beliau, Ahmad Adenan Said telah membuat laporan polis berhubungan dakwaan rakaman audio berkenaan yang didakwa dirancang pihak tertentu.

Artikel Berkaitan: