Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM25.187 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.678 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1 bilion setiap satu masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan menawarkan tender Qard Lelongan Matang Pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM3.7 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender repo berbalik bernilai RM1.045 bilion bagi 30 hari.

Pada 4 petang, Bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM24.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM15.0 bilion. -Bernama

Artikel Berkaitan: