Yakeb perlukan peruntukan RM3 juta setahun

Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia
Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia
A
A
A

YAYASAN Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb) tidak mengabaikan kebajikan bekas atlet yang berdaftar dengan yayasan tersebut.

Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf berkata, pihaknya merancang untuk membuka Tabung Wira Sukan Negara tahun depan, bagi menjaga kebajikan bekas atlet.

Menurutnya, ia bukan sahaja akan meringankan beban bekas atlet malah membantu yayasan ini untuk memainkan peranan dengan lebih berkesan.

"Walaupun Yakeb mempunyai sumber kewangan yang terhad tapi kita sentiasa berusaha untuk mencari jalan meringankan beban atlet terutama Skim Bantuan Khas iaitu peruntukan bagi ahli yang memerlukan bantuan perubatan.

Zuhairi (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Awang sambil ditemani beberapa bekas pemain bola sepak negara, hari ini.
Zuhairi (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Awang sambil ditemani beberapa bekas pemain bola sepak negara, hari ini.

"Bagi mencapai hasrat itu, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta setahun," katanya, selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak negara, Awang Essa, 72 di Telipot, tengah hari tadi.

Hadir sama bekas pemain bola sepak Negara Apandi Yusof, Nik Fauzi Hasan, Yasin Mohd Noor, Wan Aziz Wan Ahmad, Zakarian Husin, Aziz Mahmud dan Azam Abas.

Awang merupakan penjaga gol pasukan kebangsaan pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai jurulatih bola sepak negara sekitar 1970-an, mempunyai masalah tulang belakang sehingga menyebabkan beliau terlantar sakit sejak September lalu.

Artikel Berkaitan: