X

Kindly register in order to view this article
!

Sembilan pasangan pengantin bersanding serentak

Sembilan pasangan pengantin menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai di Dewan Jubli Intan Pontian kelmarin.
A
A

PONTIAN - Seramai sembilan pasangan pengantin melangsungkan perkahwinan secara serentak di Dewan Jubli Intan Pontian di sini kelmarin.

Menariknya dengan hanya membayar RM3,500 bagi setiap pasangan mempelai, mereka diraikan dalam majlis yang cukup meriah manakala kos selebihnya ditanggung Persatuan Pegawai Masjid dan Surau Daerah Pontian.

Pengerusi Persatuan Pegawai Masjid dan Surau Daerah Pontian, Abdul Majid Sapak berkata, penganjuran kali kedua majlis perkahwinan beramai- ramai itu bertujuan membantu pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga dengan menyediakan majlis dengan kos yang bersesuaian.

Menurutnya, selain jamuan untuk pengantin, set pelamin, kos jurunikah, kek, jurufoto, kompang, juruacara majlis serta jemputan keluarga seramai 100 orang turut disediakan.

"Perkahwinan adalah satu ibadah yang dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan mereka yang berusaha untuk mendirikan sunnah akan mendapat ganjaran yang besar.

"Diharapkan mempelai akan menempuh kehidupan berkeluarga dalam keadaan harmoni," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus