Potensi usaha sama strategik antara Khazanah, Mubadala dibincang

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sempena lawatan kerjanya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Foto: Bernama
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sempena lawatan kerjanya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Bhd dan Mubadala Investment Company, berlangsung semasa beliau mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Perbincangan yang produktif bersama Yang Teramat Mulia Sheikh @MohamedBinZayed Al Nahyan, mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan Mubadala Investment Company mengenai industri infrastrukur dan strategik bagi mewujudkan kemakmuran untuk manfaat kedua-dua negara," kata Azmin dalam tweetnya.

Mubadala ialah dana kekayaan Abu Dhabi.

Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga ialah Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Azmin juga berkata perbincangan akan diadakan bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama (JIC) bagi meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Ia akan dipengerusikan bersama oleh Menteri dari Malaysia dan UAE.

“JIC bertujuan memanfaatkan potensi kerjasama ekonomi sepenuhnya antara Malaysia dan UAE dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga, minyak dan gas, infrastruktur dan pelancongan,” kata Azmin yang mengetuai delegasi Malaysia pada Rundingan Meja Bulat Tenaga Asia Kelapan (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 (WEC24) di Abu Dhabi.

“UAE ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah, dan kami teruja dengan potensi ekonomi menerusi pelaburan yang memberi manfaat bersama menerusi JIC. Potensinya tiada had dan boleh dimajukan bersama,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: