‘Aksi sempurna Three Lions'

Kane muncul wira England dengan jaringan hatrik ketika menentang Bulgaria semalam.
Kane muncul wira England dengan jaringan hatrik ketika menentang Bulgaria semalam.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate memuji persembahan yang dipamerkan pemainnya ketika mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Bulgaria pada aksi Kelayakan Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Menurutnya, kemenangan itu sekali gus meneruskan rentak cemerlang pasukan di peringkat kumpulan dan tanpa berselindung mengakui ketajaman jentera serangan menjadi faktor The Three Lions berjaya melakar kemenangan besar itu.

“Dalam perlawanan seperti ini konsentrasi adalah perkara paling utama. Saya akui England mempunyai peluang yang banyak untuk menjaringkan gol dan jentera serangan pasukan yang tidak mensia-siakan peluang itu.

“Malah, semua pemain juga menunjukkan mutu permainan yang terbaik. Mereka sentiasa berlari mendapatkan bola dan membuka ruang. Ini gaya permainan paling sempurna,” katanya.

Pada perlawanan itu, Harry Kane mencipta hatrik jaringan pada minit ke-24, 49 dan 73 manakala bintang Manchester City, Raheem Sterling turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-55.

Kemenangan itu juga memastikan England berada di kedudukan teratas kumpulan A dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan.

Mengulas lanjut, Southgate berkata, taktikal yang digunakan Bulgaria tetap memberikan masalah kepada pemainnya walaupun mereka berjaya merakamkan kemenangan besar.

“Permulaan perlawanan memang nampak pemain agak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan. Bulgaria juga bijak menekan kami.

Artikel Berkaitan:

“Begitupun pemain berjaya meningkatkan tempo permainan dengan menjaringkan gol yang kami mahukan,” katanya.