JKM cari ibu kandung, waris Tharushanthiran

Tharushanthiran
Tharushanthiran
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki bagi urusan dokumen pengenalan diri dan proses penempatan.

Pelindung kanak-kanak, Midah Abd Aziz berkata, Tharushanthiran, 6, diserahkan kepada seorang wanita bernama B Sutha pada 2013.

Menurutnya, penyerahan kanak-kanak itu dibuat di Klang oleh ibu kandungnya yang ketika itu bekerja di sebuah butik pengantin.

“Setelah kematian wanita yang menjadi ibu angkatnya, Tharushanthiran diserahkan kepada seorang lelaki.

“Perintah jagaan sementara dikeluarkan pada 13 Ogos lalu memandangkan kanak-kanak itu tiada dokumen pengenalan diri dan dokumen sijil lahir,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, ibu kandung dan waris kanak-kanak itu diminta menghubungi Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 0378422584/03/7842 2587 atau 0193481479 dengan kadar segera bagi membincangkan hal penempatannya.

Artikel Berkaitan: