Mayat lelaki ditemui berulat dalam semak

Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berulat di kawasan semak berhampiran sebuah kilang di Juru Height, Bukit Tengah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis menerima laporan penemuan itu daripada seorang lelaki kira-kira jam 10.35 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis ke lokasi kejadian kejadian dan menemui mayat dalam keadaan berpakaian lengkap dan berkasut but berwarna hitam terbaring dan berbau busuk.

"Terdapat satu topi keledar hitam turut ditemui kira-kira 40 meter daripada mayat dan seutas rantai perak yang dipercayai milik si mati. Pemeriksaan dilakukan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit.

"Keadaan mayat yang mula mereput dan berulat, kita percaya mangsa telah mati di antara empat ke lima hari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan forensik mendapati tiada kesan jenayah pada luaran tubuh si mati malah pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian tidak menemui sebarang elemen jenayah yang berlaku.

Katanya, mayat terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: