X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Seludup petrol: Lelaki warga Thailand ditahan

Kereta jenis Proton Wira yang disita KPDNHEP selepas tangkinya dipercayai diubah suai untuk tujuan penyeludupan petrol di sini semalam.
A
A

JELI - Seorang lelaki warga Thailand ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan selepas didapati cuba menyeludup petrol di sini semalam.

Pengarahnya, Adnan Abd Rahman berkata, lelaki berkenaan ditahan bersama 187.06 petrol RON95 bernilai RM389.10 yang diisi dalam tangki sebuah kereta jenis Proton Wira yang diubah suai.

"Hasil risikan, anggota penguat kuasa mengesyaki terdapat cubaan menyeludup barang kawalan berkenaan ke negara jiran sebelum tindakan lanjut dijalankan berdasarkan maklumat awam.

"Pemilik kenderaan didapati membuat belian dengan harga yang tidak munasabah, semakan resit pembelian disahkan oleh stesen minyak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Adnan berkata, pihaknya turut menyita kenderaan digunakan yang dianggarkan bernilai RM6,000.

Beliau berkata, kejayaan berkenaan adalah hasil maklumat risikan yang dijalankan anggota selain kerjasama daripada orang awam.

"Susulan dari itu, kita telah tahan lelaki berkenaan untuk bantu siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Mengulas lanjut Adnan berkata, pemantauan dari semasa ke semasa sentiasa dilakukan dan pihak terlibat diminta mematuhi peraturan undang- undang ditetapkan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!