Diplomat ucap tahniah kepada Agong sempena Hari Keputeraan rasmi

Prof Dr Qaley Allahverdiyev ketika memberi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Prof Dr Qaley Allahverdiyev ketika memberi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kor diplomatik di Malaysia menyampaikan ucapan tahniah dan ucap selamat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka.

Bercakap bagi pihak kor diplomatik di Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, hari ini Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia Prof Dr Qaley Allahverdiyev berkata mereka telah menyaksikan komitmen kuat kerajaan Seri Paduka untuk meningkatkan kedudukan Malaysia.

"Sebagai pemerhati peristiwa politik dan sosial yang berlaku di Malaysia, kami telah dengan senang hati melihat Malaysia terus memainkan peranan penting bukan sahaja di rantau ini, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Dan jelas bahawa kemakmuran bersama rakyat adalah asas komitmen kerajaan Seri Paduka dalam merekabentuk program dan dasar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, bermaruah dan bebas," kata ketua kor diplomatik itu.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan itu adalah yang pertama sejak Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai.

Allahverdiyev berkata, pilihan raya umum tahun lalu yang berjaya dan peralihan kuasa yang sempurna di negara ini menunjukkan kesungguhan rakyat

Malaysia terhadap demokrasi.

"Seperti hari ini, Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan ke-62, negara ini dapat merenungkan enam dekad keamanan dan kemajuan sejak pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: