X

Kindly register in order to view this article
!

Pegawai media Husam nafi terlibat penyelewengan

Abdullah menunjukkan laporan polis yang dibuat semalam.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Pegawai media Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Senator Datuk Husam Musa iaitu Abdullah Zawawi Wahab menafikan beliau terlibat dalam satu kes penyelewengan yang disebarkan melalui satu laman Facebook yang ditularkan sejak semalam.

Abdullah berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan kes tersebut dan tindakan pemilik akaun itu dipercayai sengaja untuk memfitnah beliau.

“Saya terkejut sebab saya tidak tahu menahu tentang kes itu. Walaupun tidak mengaitkan saya secara jelas, namun saya tetap membuat laporan polis memandangkan pemilik akaun didakwa menggunakan gambar saya sekali gus mengaitkan saya dalam kes itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik akaun itu mendakwa beliau dan Datuk Husam terlibat dalam penipuan yang melibatkan penawaran kontrak bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Pemilik akaun Facebook itu juga mendakwa beliau dan Husam menerima sejumlah wang tahun lepas melibatkan empat transaksi bagi mendapatkan kontrak daripada kementerian tersebut.

“Saya berharap dengan laporan polis yang saya buat ini dapat jernihkan kembali dan bersihkan nama saya dan Datuk Husam.

Saya pun masih terkejut dengan perkara ini dan harap ia tidak berlaku lagi,” katanya.