24 rumah sekitar Kampung Ulu Atok rosak dilanda ribut

Keadaan atap rumah salah seorang penduduk yang rosak akibat kejadian ribut, petang semalam.
Keadaan atap rumah salah seorang penduduk yang rosak akibat kejadian ribut, petang semalam.
A
A
A

RAUB - Sebanyak 24 keluarga dari sekitar Kampung Ulu Atok di sini terjejas selepas rumah mereka rosak akibat kejadian ribut, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan pada bahagian atap namun tidak melibatkan kerosakan serius.

Anggota APM menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang selepas kejadian ribut petang semalam.
Anggota APM menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang selepas kejadian ribut petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, secara keseluruhan rumah-rumah yang terjejas masih selamat diduduki dan tiada penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurutnya, anggota APM dikerah ke lokasi untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat.

"Kita mengerahkan anggota untuk membersihkan pokok tumbang di kawasan rumah penduduk selain menghulurkan kit makanan kepada mangsa yang terjejas," katanya.

Kit makanan turut dihulurkan kepada mangsa terjejas.
Kit makanan turut dihulurkan kepada mangsa terjejas.

Artikel Berkaitan: