Lelaki didakwa lakukan serangan seksual

Tertuduh mengaku tidak bersalah lakukan serangan seksual terhadap anak saudara perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Tertuduh mengaku tidak bersalah lakukan serangan seksual terhadap anak saudara perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap anak saudaranya yang berusia 14 tahun selepas memaksa remaja itu memegang kemaluannya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 22 tahun berasal dari Kuala Nerus itu mengaku tidak bersalah atas di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Dia didakwa melakukan serangan seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya, 14, dengan cara memaksa remaja itu memegang kemaluannya di rumah mangsa di Kuala Nerus kira-kira jam 9.30 malam, pada 5 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Rofiah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan melapor diri dua minggu sekali di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus dan tidak boleh mengganggu mangsa serta ahli keluarga terdekat.
Artikel Berkaitan:


Mahkamah turut menetapkan kes yang dilakukan pendakwaan oleh timbalan pendakwa raya, Zulfazliah Mahmud disebut semula 19 Disember ini.