Pusat tahfiz mohon kemudahan jalan lebih baik

Kameruzaman
Kameruzaman
A
A
A

JELI - Pengurusan Madrasah Tahfiz Lembah Pergau berharap usaha mendapatkan kemudahan jalan yang lebih baik ke pusat pengajian itu mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Pengerusinya, Kameruzaman Ab Rahman berkata, keperluan jalan tersebut bukan hanya untuk pusat pengajian berkenaan sebaliknya juga kepada penduduk kampung setempat termasuk dari Kampung Bukit Tapis.

"Dari jalan utama Jeli-Dabong, laluan berkenaan sudah pun diturap sejauh enam kilometer.

"Bagaimanapun dua kilometer ke kawasan pusat pengajian ini belum diturap dan kira harap dapat kerjasama daripada pihak berkenaan untuk bantu proses turap.

"Penduduk setempat juga akan dapat manfaat, bukan kami sahaja. Jadi jika boleh dipertimbangkan ia amat dialu-alukan," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kameruzaman yang juga Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) berkata, dengan adanya laluan berkenaan, ia akan turut memudahkan penduduk mengeluarkan hasil pertanian berikutan terdapat kawasan ladang sawit, getah dan dusun buah-buahan di kawasan tersebut.

Menurutnya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Jajahan, Nik Raisnan Daud bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuk kemudahan jalan tersebut.

"Dalam pertemuan secara tak rasmi itu kami bincangkan juga usaha untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dan kalau boleh golongan pekebun tidak hanya bergantung pada satu sumber termasuk sektor hiliran," katanya.

Artikel Berkaitan: