Seludup anjing, kucing dalam kotak pembesar suara

Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang masuk ke Singpura di Woodlands menemukan 10 ekor anak anjing dan dua ekor anak kucing yang disumbat dalam kotak pembesar suara.
Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang masuk ke Singpura di Woodlands menemukan 10 ekor anak anjing dan dua ekor anak kucing yang disumbat dalam kotak pembesar suara.
A
A
A

SINGAPURA - Seorang pemandu wanita tempatan dan penumpang warga Filipina ditahan pihak berkuasa Singapura selepas menyembunyikan 10 ekor anak anjing serta dua ekor anak kucing dalam sebuah kotak pembesar suara yang diubah suai.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata, perbuatan itu terbongkar selepas kereta dipandu wanita berusia 32 tahun terbabit ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Jumaat lalu.

Pemeriksaan oleh pegawai ICA mendapati kesemua haiwan berkenaan sedang tidur dipercayai disuntik dengan ubat pelali.

Kes itu kemudian dirujuk kepada pihak berkuasa Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA).

Berdasarkan undang-undang Singapura, membawa masuk sebarang jenis haiwan dan burung hidup tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda S$10,000 (RM30,000) atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali - Agensi

Artikel Berkaitan: