Lelaki warga nepal maut jatuh bangunan

Mayat lelaki warga Nepal ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Tingkat Mayang Pasir, pagi tadi.
Mayat lelaki warga Nepal ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Tingkat Mayang Pasir, pagi tadi.
A
A
A

BAYAN BARU-Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Tingkat Mayang Pasir di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas terjatuh daripada sebuah rumah yang didiami seorang wanita yang juga tunangan orang.

Difahamkan, sebelum kejadian wanita itu datang ke rumah berkenaan dan menyebabkan lelaki warga Nepal itu bertindak melarikan diri ke bahagian dapur dengan membuka pintu pintu sliding yang tidak berjeriji.

Dia yang cuba melarikan diri akhirnya terjatuh dan disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan tiada menemui sebarang kesan pergelutan dan tiada unsur perbuatan jenayah pada tubuh si mati.

"Lelaki berkenaan berkawan dengan perempuan itu sejak lapan bulan lalu dan dia dikatakan pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi.

"Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: