Jambatan Kampung Sepah Beruang runtuh dibina Januari depan

Sahruddin meninjau jambatan Kampung Sepah Beruang di Benut yang runtuh dua tahun lalu.
Sahruddin meninjau jambatan Kampung Sepah Beruang di Benut yang runtuh dua tahun lalu.
A
A
A

PONTIAN - Jambatan Kampung Sepah Beruang, Benut di sini yang runtuh dua tahun akibat arus deras mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang meninjau kawasan berkenaan petang tadi.

Berdasarkan penerangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lantikan kontraktor bagi pembinaan jambatan sejauh kira-kira 64 meter itu akan dibuat pada bulan depan.

Berita baik itu sekali gus menamatkan penantian kira-kira 1,500 penduduk dari empat buah kampung yang menjadikan laluan tersebut sebagai jalan utama ke pekan Benut.

Kampung terlibat adalah Kampung Parit Lapis Sayang, Kampung Parit Sayang, Kampung Baru Parit Lapis Sayang dan Kampung Baru Orang Asli.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Zulkifly Tasrep berkata, isu jambatan Kampung Sepah Beruang diberi perhatian serius kerajaan negeri.

Katanya, pembinaan jambatan akan dimulakan pada bulan Januari depan.

Jambatan Kampung Sepah Beruang runtuh akibat arus deras pada 22 Januari 2017.

Pembinaan jambatan baharu menggantikan jambatan lama yang runtuh di Kampung Sepah Beruang pernah mendapat perhatian Datuk Dr Sahruddin Jamal yang ketika itu Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri yang meninjau jambatan terbabit pada awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: