Rekaan Mohamad Shukri ungguli Piala Seri Endon 2019

Tunku Azizah berkenan bergambar bersama Nori dan Leela pada majlis Piala Seri Endon 2019. -FOTO: ROSLI TALIB
Tunku Azizah berkenan bergambar bersama Nori dan Leela pada majlis Piala Seri Endon 2019. -FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke pertandingan rekaan batik Piala Seri Endon (PSE) 2019 di sini hari ini.

Program tahunan anjuran Yayasan Budi Penyayang itu menyaksikan rekaan Mohamad Shukri Che Ya dengan tema Ikat Pua diangkat sebagai juara kategori fesyen dan membawa pulang RM30,000 serta piala.

Mohamad Shukri Che Ya yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 yang membawa tema Ikat Pua.-FOTO: ROSLI TALIB
Mohamad Shukri Che Ya yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 yang membawa tema Ikat Pua.-FOTO: ROSLI TALIB

Manakala, tempat kedua kategori fesyen dimenangi kumpulan Hidden Wall yang terdiri daripada Nor Farhana Othman, Maizatul Azura Idris dan Suziyana Shaidin dengan tema Beauty Behind The Wall.

Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala.

Sementara tempat ketiga milik Wan Mohd Hafiz Wan Hamid dengan rekaan bertema Beauty Behind The Wall dan meraih RM5,000 serta piala.

Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan semua hadiah kepada pemenang.

Artikel Berkaitan:

Tunku Azizah berkenan menyampaikan trofi kepada Mohamad Shukri Che Ya yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 disaksikan oleh Nori.-FOTO: ROSLI TALIB
Tunku Azizah berkenan menyampaikan trofi kepada Mohamad Shukri Che Ya yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 disaksikan oleh Nori.-FOTO: ROSLI TALIB

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang, Datuk Leela Mohd Ali dan Ketua Juri Pertandingan PSE, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Seramai 12 terpilih bagi kategori fesyen di peringkat akhir selain turut mempertandingkan kategori kraftangan dan kemasan lembut.

Sementara itu, Nori ketika ditemui berkata, penganjuran Piala Seri Endon sejak 2003 akan diteruskan bagi mengangkat martabat batik Malaysia.

Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 yang diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.-FOTO: ROSLI TALIB
Pertandingan Reka Bentuk Batik Kategori Fesyen, Piala Seri Endon 2019 yang diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.-FOTO: ROSLI TALIB

"Syukur selepas 16 tahun penganjuran, kami dapat memperlihatkan batik daripada pembuat batik dan digabungkan dengan pereka fesyen untuk kategori fesyen.

"Alhamdulillah untuk kategori lain iaitu kraftangan dan kemasan lembut juga nampak menyerlah. Kita harap pertandingan ini akan terus memajukan batik sebagai industri tekstil utama di Malaysia," katanya.

Pemenang bergambar beramai-ramai selepas selesai majlis Piala Seri Endon 2019.-FOTO: ROSLI TALIB
Pemenang bergambar beramai-ramai selepas selesai majlis Piala Seri Endon 2019.-FOTO: ROSLI TALIB