Rancang tambah anggota polis, penguat kuasa di Selangor

Amirudin (tengah) bersama anak-anak dari Sungai Tua menyanyikan lagu Negaraku disusuli Jalur Gemilang pada program gotong-royong merdeka 2019 di Dewan MPKK Sungai Tua hari ini.
Amirudin (tengah) bersama anak-anak dari Sungai Tua menyanyikan lagu Negaraku disusuli Jalur Gemilang pada program gotong-royong merdeka 2019 di Dewan MPKK Sungai Tua hari ini.
A
A
A

BATU CAVES - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bakal membawa cadangan penambahan bilangan anggota polis dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor ke peringkat Pusat dalam masa terdekat.

Amirudin berkata, ia adalah keperluan memandangkan jurang anggota polis dengan rakyat yang semakin jauh khasnya di lokaliti padat termasuk Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Beliau berharap, cadangan itu akan mendapat perhatian selepas usul sama yang dibawa sebelum ini tidak berhasil.

"Kerajaan negeri pernah bawah isu sama pada 2010 dan 2012 namun tiada maklum balas, harap kali ini ada ada perbincangan dan diberikan perhatian.

"Ia bergantung kepada kesesuaian, jika ia mampu dilaksanakan, ia bakal memberikan keselesaan dan keyakinan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada program gotong-royong merdeka di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Tua di sini hari ini.

Amirudin menambah, beliau turut akan mengusulkan supaya peranan penguatkuasa PBT di naik taraf ke polis bantuan.

Dalam program itu, beliau meluangkan masa hampir satu jam bertemu rakyat dan turut merasmikan koperasi MPKK Sungai Tua yang baru ditubuhkan.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyokong penubuhan koperasi itu yang boleh digunakan untuk kegiatan MPKK.

"Jika modul ini berkesan kita boleh kembangkan ke semua MPKK, namun perkara itu tidak mudah kerana untuk capai kejayaan perlukan ketekunan dan kecekalan," katanya.