Jabatan Kesihatan Perlis terima laporan kakitangan dibuli

Hantaran yang dibuat oleh bekas pegawai perubatan terbabit mulai tular sejak semalam dan mendapat pelbagai respons dari orang ramai. Gambar kanan, laporan polis yang dibuat oleh salah seorang kakitangan pada Julai lalu turut dimuat naik dalam hantaran yang sama.
Hantaran yang dibuat oleh bekas pegawai perubatan terbabit mulai tular sejak semalam dan mendapat pelbagai respons dari orang ramai. Gambar kanan, laporan polis yang dibuat oleh salah seorang kakitangan pada Julai lalu turut dimuat naik dalam hantaran yang sama.
A
A
A

KANGAR - Jabatan Kesihatan Perlis mengesahkan menerima laporan kejadian buli membabitkan kakitangannya di sebuah pejabat kesihatan daerah seperti yang tular di media sosial semalam.

Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata, pihaknya masih meneliti laporan yang dibuat oleh pihak yang berkaitan dengan kes terbabit.

Katanya, kes terbabit masih dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk pihaknya mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Walau bagaimanapun saya berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan berikan ruang kepada kami untuk menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tular satu hantaran di Facebook yang mendakwa dua kakitangan dipercayai jururawat dan penolong pegawai perubatan di pejabat kesihatan berkenaan dibuli oleh penyelia berpangkat pegawai.

Individu yang mendakwa sebagai bekas pegawai perubatan itu turut mendedahkan, salah seorang mangsa terpaksa menerima rawatan psikiatri di sebuah hospital akibat tidak tahan dibuli penyelia berkenaan.

Satu laporan polis membabitkan kes berkenaan yang dibuat salah seorang kakitangan itu pada Julai lalu turut dimuat naik dalam hantaran sama.

Artikel Berkaitan: