Mangsa rusuhan terima 'ubat' daripada Harimau Malaya

Mohd Zulrani (kanan) menerima sumbangan termasuk tiket menentang UAE daripada kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias sambil disaksikan oleh (dari kiri) Syafiq Ahmad dan Shahrul Saad. FOTO: FAM
Mohd Zulrani (kanan) menerima sumbangan termasuk tiket menentang UAE daripada kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias sambil disaksikan oleh (dari kiri) Syafiq Ahmad dan Shahrul Saad. FOTO: FAM
A
A
A

SAKIT mangsa rusuhan penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno, Khamis lalu sedikit terubat selepas dikunjungi pemain Harimau Malaya di kediamannya di sini hari ini.

Melalui perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Zulrani Helmi Mohd Zakri, 39, menerima kejutan dikunjungi tiga pemain Malaysia diketuai Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam; kapten pasukan, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad.

Kehadiran mereka bagi melihat sendiri keadaan terkini Mohd Zulrani dan mendengar sendiri kisah sebenar yang berlaku di tempat duduk penonton pada hari perlawanan tersebut.

FAM juga memberikan sedikit sumbangan dan juga tiket perlawanan Malaysia menentang UAE, Selasa ini di Stadium Bukit Jalil kepada Mohd Zulrani sebagai menghargai kesungguhan dan semangatnya yang sanggup bersama-sama penyokong lain terbang ke Jakarta bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

Mohd Zulrani (dua dari kanan) menunjukkan kecederaan yang menimpanya akibat serangan penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno Khamis lalu. FOTO: FAM
Mohd Zulrani (dua dari kanan) menunjukkan kecederaan yang menimpanya akibat serangan penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno Khamis lalu. FOTO: FAM

Mohd Zulrani antara tiga penyokong Malaysia yang cedera dalam serangan penyokong Indonesia dalam aksi sulung Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis lalu.

Bercerita kepada Sinar Harian semalam, Mohd Zulrani berkata, penyokong skuad Garuda melakukan provokasi sebaik mereka tiba di Gelora Bung Karno.

Katanya, dalam insiden serangan ketika keputusan terikat 2-2, dia mengalami kecederaan retak siku kiri.

Artikel Berkaitan:

Pemain Harimau Malaya (dari kiri) Syafiq Ahmad, Shahrul Saad dan Farizal Marlias serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam (kanan) mendengar sendiri insiden yang menimpa Mohd Zulrani. FOTO: FAM
Pemain Harimau Malaya (dari kiri) Syafiq Ahmad, Shahrul Saad dan Farizal Marlias serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam (kanan) mendengar sendiri insiden yang menimpa Mohd Zulrani. FOTO: FAM

Dalam insiden itu, sejumlah penyokong Indonesia menyerang kawasan tempat duduk penyokong skuad Harimau Malaya yang sedang menyaksikan pertarungan pasukan bola sepak kedua-dua negara.

Akibat insiden berkenaan, pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin terpaksa menghentikan perlawanan itu pada minit ke-69.

Perlawanan antara skuad Garuda dan Harimau Malaya terpaksa dihentikan kira-kira lapan minit.