Satu maut gempa bumi 5.1 magnitud gegar barat daya China

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas gempa bumi berkekuatan 5.1 magnitud menggegar wilayah Sichuan, China awal hari ini.

Menurut kenyataan pihak berkuasa bandar Neijiang, gempa bumi itu berlaku pada jam 6.42 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10km di barat daerah Weiyuan.

Sebanyak 17 bangunan dilaporkan musnah sama sekali dan 29 orang cedera, dua daripadanya kritikal. - Agensi

Artikel Berkaitan: