X

Kindly register in order to view this article
!

Video intim: Polis jamin siasatan diteruskan

Abdul Hamid Bador
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberi jaminan bahawa siasatan kes video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip seorang menteri Kabinet tidak akan terkubur.

Jaminan itu disuarakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sambil menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang berusaha mengumpulkan bahan bukti.

"Kes ini masih dijalankan dan ia tidak mati. Soal masa itu kita tidak dapat tentukannya. Kita pasti akan ambil tindakan secepat mungkin untuk selesaikannya dengan segera.

"Tindakan akan ambil terhadap pelaku serta penyebar," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Abdul Hamid sebelum ini menjelaskan, polis sudah menghantar kertas siasatan berhubung penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali namun dikembalikan semula.

Katanya, pihak Pejabat Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan itu kerana berpendapat ada elemen siasatan yang perlu dikemaskini.

Jelasnya, arahan tertentu pihak Pejabat Peguam Negara juga menyebabkan siasatan video seks itu memakan masa.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat beberapa klip video intim dua lelaki berada di atas katil dengan seorang daripadanya didakwa menyerupai salah seorang menteri Kabinet.

Pada 12 Jun lalu, Haziq yang merupakan bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengakui dirinya terlibat dalam rakaman video intim yang tular itu.

Haziq yang juga Ketua Pemuda PKR Santubong kemudiannya dipecat serta-merta daripada PKR.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus