Pasport khas untuk 'orang kampung' pergi umrah?

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji cadangan membuat pasport khas khusus untuk orang kampung menggunakannya ketika menunaikan umrah.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, beliau mengambil maklum ramai orang kampung yang ketika ini menunaikan umrah hanya menggunakan sekali sahaja pasport mereka, dan selepas itu pasport itu tidak digunakan lagi.

"Saya akan kaji cadangan itu memang biasa orang kampung pergi sekali, kita akan teliti jika dianggap oleh Jabatan Imigresen boleh dilaksanakan begitu.

"Mungkin pembayaran pasport tak sama dengan pasport kekal ini saya akan kaji," katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2019 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) yang mencadangkan agar kerajaan membuat pasport khas yang berbeza dengan pasport kekal buat orang kampung memandangkan penggunaan pasport kekal sangat terhad buat mereka.

"Mereka hanya guna pasport sekali , pergi umrah sekali dia akan lupus dan saya sarankan agar bayarannya juga dapat dikurangkan dalam harga munasabah antara RM100-200 memadai mungkin lebih rendah bagi mereka," kata Tuan Ibrahim.