Tiada lokasi lupus sampah haram di DUN Stulang

Andrew (tengah) pada sidang media yang diadakan di hadapan Leisure Mall, di sini kelmarin.
Andrew (tengah) pada sidang media yang diadakan di hadapan Leisure Mall, di sini kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiada kawasan pelupusan sampah haram di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, namun masih banyak terdapat longgokan sampah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen berkata, setakat ini tiada laporan kawasan sampah haram di kawasan Stulang.

“Bagaimanapun, terdapat kawasan tertentu yang dilihat mempunyai kawasan longgokan sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media pada program Berjalan Sambil Mengutip Sampah yang akan diadakan pada 28 September depan di Leisure Mall, kelmarin.

Andrew berkata, masih ada segelintir penduduk tidak mengendahkan papan tanda larangan membuang sampah.

Artikel Berkaitan: