Bomba selamatkan kerbau jatuh lubang najis

Rakaman dalam video memaparkan anggota bomba menyelamatkan seekor kerbau terperangkap dalam lubang najis pagi semalam viral di media sosial. - Foto: media sosial & JBPM
A
A

KUANTAN - Peranan anggota bomba bukan sahaja memadam kebakaran tetapi tugas mereka lebih luas dalam usaha menyelamat nyawa.

Video klip kegigihan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Pahang berusaha menyelamatkan kerbau terperangkap dalam lubang najis di Kampung Bapong, Lipis dekat sini tular di media sosial dan dipuji netizen.

Rata-rata mereka menghargai sumbangan kemanusiaan yang dicurahkan pasukan menyelamat itu.

Menurut Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir, dalam kejadian itu seekor kerbau terperangkap dalam lubang najis pagi semalam.

"Selepas mendapat aduan itu, empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berusaha menyelamatkan kerbau terbabit.

"Sumbangan dan khidmat kami tidak terbatas kepada sesama manusia, bahkan juga diperlukan ketika nyawa haiwan peliharaan dalam bahaya," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia