Petrol seludup: Nak sorok tapi jumpa juga

No Image Caption
A
A
A

LAHAD DATU - Pasukan Polis Marin (PPM) menemukan 12 gelen minyak petrol ditanam di persisiran Pantai Sinakut, Felda Sahabat dekat sini semalam, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, lokasi petrol yang disembunyikan itu ditemui pada 6 petang hasil intipan Unit Risikan Marin.

"Tiada suspek ditangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, semua 12 tong dianggarkan bernilai kira-kira RM583 itu dibawa ke Pangkalan Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan. - Bernama

Artikel Berkaitan: