Pencuri buat sarapan, arah tuan rumah sambung tidur

Gavin Crim mendakwa dia alam keadaan mabuk ketik masuk ke rumah terbabit.
Gavin Crim mendakwa dia alam keadaan mabuk ketik masuk ke rumah terbabit.
A
A
A

SAFETY HARBOUR - Seorang pencuri sempat bersarapan dalam kejadian pecah rumah di Florida, Amerika Syarikat awal minggu ini.

Pemilik rumah berkenaan memberitahu polis, dia terjaga selepas terdengar bunyi bising kira-kira jam empat pagi (waktu tempatan).

"Selepas meninjau bahagian dapur, tuan rumah mendapati seorang lelaki tidak dikenali sedang memasak sarapan awal pagi.

"Lebih mengejutkan, lelaki asing itu menyuruh pemilik rumah tidur semula," kata Pejabat Sherif Pinellas County dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, suspek melarikan diri sebaik pemilik rumah menghubungi talian kecemasan 911.

Susulan itu, polis menahan anggota marin, Gavin Crim yang bersembunyi di kawasan belukar berhampiran.

Crim memberitahu polis dia dalam keadaan mabuk ketika masuk ke rumah terbabit.

Pemuda berusia 19 tahun itu berdepan tuduhan melakukan pecah rumah. - Agensi

Artikel Berkaitan: