Korea Utara lantik ketua tentera baharu

Media melaporkan Jong-un diiringi ketua tentera baharu itersebut ketika pelancaran senjata baharu dilakukan Pyongyang.
Media melaporkan Jong-un diiringi ketua tentera baharu itersebut ketika pelancaran senjata baharu dilakukan Pyongyang.
A
A
A

PYONGYANG - Korea Utara telah menamakan seorang jeneral tentera yang pakar dalam artileri sebagai komander baharu negara itu.

Lewat semalam, KCNA melaporkan Pak Jong Chon dilantik sebagai Ketua Turus Am Tentera Rakyat Korea dan keputusan itu dibuat ketika mesyuarat dihadiri pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un.

Beliau akan menggantikan Ri Yong Gil yang merupakan pakar dalam operasi ketenteraan dan berkhidmat sejak 2013.

Penyelidik, Ahn Chan-il yang membelot daripada Korea Utara berkata, kenaikan pangkat itu mungkin menunjukkan fokus tentera terhadap pembangunan senjata baharu.

“Jong Chon ada mengiringi Jong-un ketika ujian pelancaran senjata baharu mereka. Pelantikannya sebagai ketua tertinggi tentera mungkin sebagai isyarat Korea Utara akan mengutamakan pembangunan artileri,” ujarnya.

Sebelum ini, Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan misil balistik jarak sederhana walaupun media tempatan melaporkan ia sebagai ujian peluru berpandu taktikal jenis baharu.

Korea Utara memaklumkan siri pelancaran itu sebagai amaran kepada Washington dan Seoul yang melakukan latihan ketenteraan bersama. - AFP

Artikel Berkaitan: