X

Kindly register in order to view this article
!

Penyokong terjatuh dari tingkat tiga stadium ketika tonton bola

Insiden Lago de Melo Rios (dalam bulatan) terjatuh daripada tingkat tiga stadium tular di internet .
A
A

SAO PAULO - Seorang penyokong bola sepak berdepan detik cemas apabila terjatuh daripada tingkat tiga stadium ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak di Sao Paolo, Brazil.

Insiden mengerikan itu berlaku di Stadium Morumbi pada Sabtu lalu ketika aksi Sao Paolo menentang Gremio sedang berlangsung.

Mangsa dikenali sebagai Lago de Melo Rios terjatuh ketika sedang bersorak sambil memanjat pagar keselamatan.

Bagaimanapun pemuda berusia 23 tahun itu terselamat apabila terhempap ke atas seorang remaja perempuan.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Rios mengalami patang tukang paha, manakala remaja terbabit tidak mengalami kecederaan serius. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!