Presiden India dilarang guna ruang udara Pakistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISLAMABAD - Pakistan menolak permohonan Presiden India, Ram Nath Kovind untuk terbang di ruang udaranya.

Keputusan itu diumumkan di tengah-tengah konflik antara Islamabad-New Delhi berhubung isu Kashmir.

"Keputusan dibuat berdasarkan sikap India mengenai isu Kashmir," kata Menteri Luarnya, Shah Mehmood Qureshi dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, Perdana Menteri India, Imran Khan menimbang menutup ruang udara negaranya kepada India dan menyekat laluan perdagangan darat di timur ke Afghanistan.

Pakistan membuka semula ruang udaranya kepada India pertengahan Julai lalu selepas menutupnya pada Februari selepas serangan kumpulan militan berpusat di Kashmir yang menjurus pertembungan antara dua jiran negara nuklear itu.

Ketegangan dua hala sekali lagi berlaku bulan lalu apabila Perdana Menteri India Narendra Modi melucutkan status autonomi khas Kashmir, sekali gus membolehkan penduduk luar wilayah itu membeli hartanah dan bersaing tugas sebagai penjawat awam. - AFP

Artikel Berkaitan: