Tun M tetap pegang janji lepaskan jawatan

- Foto AFP
- Foto AFP
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa setiap janji perlu ditepati termasuklah melepaskan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai usul untuk memanjangkan tempoh beliau mengetahui kerajaan, Mahathir berkata, setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.

"Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji," katanya ketika diminta mengulas mengenai usul perwakilan yang mencadangkan Mahathir memegang jawatan itu sehingga PRU 15.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui sejauh mana ahli parti bersetuju dengan usul tersebut.

"Mana saya tahu (bersetuju atau tidak), tetapi ramai yang berdiri," katanya.

Terdahulu dalam sesi penggulungan secara tertutup, perwakilan Kelantan mengusulkan Mahathir memegang jawatan itu sehingga PRU 15.

Pada 22 Oktober lalu, Mahathir pada program Bicara Minda Sinar Harian menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mana dijanjikan.

Artikel Berkaitan: