X

Kindly register in order to view this article
!

Piagam UMNO-Pas tidak jujur satukan rakyat

Muhammad Faiz (kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan, Suhaimi Othman (tengah) pada Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia bersama nelayan di Kuala Jerlun di sini hari ini.
A
A

JERLUN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menghadiri pelancaran Piagam Kerjasama UMNO-Pas pada14 September ini walaupun parti itu diundang.

Timbalan ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, tiada keperluan mereka berbuat demikian kerana piagam berkenaan disifatkan sebagai satu kerjasama yang tidak jujur dalam mengangkat perpaduan negara.

"Piagam ini bukan untuk satukan rakyat, 'satu tangan', dia bermain dengan isu perpaduan manakala 'tangan yang lain' dia bermain dengan isu perkauman.

"Apa yang berlaku semuanya dikaitkan dengan perkauman termasuk boikot barang dan sebagainya," katanya kepada media selepas Program Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia bersama nelayan di Jeti Kuala Jerlun di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, piagam kerjasama UMNO-Pas hanya memainkan isu-isu sentimen membabitkan kaum dan agama malah tidak berfungsi sebagai platform membentuk Malaysia yang lebih baik.

Rabu lalu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhasrat menjemput pemimpin -pemimpin dari kesemua parti di seluruh Malaysia bagi menghadiri program menandatangani piagam berkenaan termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) agar dapat maklumat sebenar berkenaan intipati piagam terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf