Ikan mati: Tiada kaitan pencemaran, projek pembangunan

Dr Sahruddin menanam pokok sebagai simbolik perasmian program Jalinan Ukhuwah Johor Corporation di Bukit Kepong, Kundang Ulu Tangkak.
Dr Sahruddin menanam pokok sebagai simbolik perasmian program Jalinan Ukhuwah Johor Corporation di Bukit Kepong, Kundang Ulu Tangkak.
A
A
A

TANGKAK - Kerajaan Johor belum bercadang menghentikan sebarang projek di sekitar perairan itu berikutan kematian ribuan ekor ikan di Pantai Lido baru-baru ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, siasatan awal mendapati kematian ikan berkenaan tiada kaitan dengan pencemaran atau disebabkan projek-projek pembangunan di sekitar bandaraya itu.

Menurut beliau, ketika ini segala projek berjalan seperti biasa dan pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti kaitan aktiviti di sekitar itu dengan kejadian yang berlaku.

“Saya telah arahkan JAS dan Jabatan Perikanan untuk lihat punca sebenar kekurangan oksigen sehingga ikan ini mati.

"Ia adalah kejadian kedua dan sepatutnya JAS dan Jabatan Perikanan kena proaktif untuk beri maklum balas dan beritahu kerajaan negeri apa punca sebenarnya.

“Tapi tak apa, saya tunggu laporan mereka. Tempoh masa tidak ditetapkan tapi saya harap secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui selepas perasmian program Jalinan Ukhuwah Johor Corporation di Bukit Kepong di sini hari ini.

Dr Sahruddin bagaimanapun tidak menolak cadangan untuk menambah baik beberapa prosedur dalam aktiviti penambakan mahupun projek di sekitar perairan itu sekiranya perlu.

“Antara punca yang dikenal pasti ialah perubahan kandungan oksigen terlarut sehingga dibawah 1.2ppm dan mengakibatkan kematian ikan-ikan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun kita akan minta JAS dan Jabatan Perikanan untuk melihat mungkin ada prosedur yang perlu ditambah baik,” katanya.

Terdahulu, penduduk Johor Bahru dikejutkan dengan lambakan bangkai ikan di Pantai Lido pada 28 Ogos lalu, sebelum kejadian sama berulang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ribuan ikan mati akibat kurang oksigen