Jerebu: Bacaan IPU meningkat di Sabah

Bacaan IPU di hampir semua kawasan di Sabah termasuk Labuan setakat 4 petang ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pagi tadi.
Bacaan IPU di hampir semua kawasan di Sabah termasuk Labuan setakat 4 petang ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pagi tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) di hampir semua kawasan di Sabah termasuk Labuan setakat 4 petang ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pagi tadi, namun masih pada tahap sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara di Politeknik Kota Kinabalu mencatatkan bacaan IPU 74, diikuti Kimanis (71), Kota Kinabalu (68), Sandakan (54) dan Tawau (53), manakala pulau bebas cukai, Labuan (73).

Bacaan IPU di Keningau kekal seperti pagi tadi iaitu 66.

Setakat 9 pagi tadi, IPU Politeknik Kota Kinabalu pada 72, diikuti Kimanis (70), Kota Kinabalu (67), Keningau (66), Sandakan (53) dan Tawau (52), manakala Labuan pula mencatat IPU 71.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini di Sabah pada setiap jam.- Bernama

Artikel Berkaitan: