Pemandu lori nyaris terbakar

Keadaan lori mangsa yang terbakar dalam kejadian itu.
Keadaan lori mangsa yang terbakar dalam kejadian itu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pemandu lori berusia 33 tahun berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbakar ketika dalam perjalanan memasuki pintu masuk Kastam Diraja Malaysia di Lebuhraya Link Kedua di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, mangsa sempat keluar untuk menyelamatkan daripada kenderaan berat membawa muatan besi rod berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Sulaiman Md Lamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi sebelum lima anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran yang membabitkan sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan besi.

"Kebakaran membabitkan bahagian hadapan lori berkenaan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada 10.47 pagi.

Artikel Berkaitan: