Kadar bunuh diri di AS meningkat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Kadar bunuh diri di Amerika Syarikat (AS) terutamanya di kawasan luar bandar meningkat secara drastik dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Kajian terbaru oleh Universiti Ohio State yang disiarkan JAMA Network Open mendapati sebanyak 453,577 kes bunuh diri dalam kalangan rakyat AS berumur 25 hingga 64 tahun direkodkan dari 1999 hingga 2016, iaitu peningkatan sebanyak 41 peratus.

"Kemiskinan, pendapatan rendah dan pengangguran terutamanya di kawasan luar bandar antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu," kata ketua penyelidik, Danielle Steelesmith.

Tambah Steelesmith lagi, kajian mendapati bahawa masyarakat yang mempunyai tahap pengasingan sosial yang tinggi termasuk golongan bujang lebih cenderung membunuh diri.

Malah katanya, kehadiran veteran perang AS dan kebanjiran premis menjual senjata api turut dikaitkan dengan peningkatan kes bunuh diri di semua daerah. - Agensi

Artikel Berkaitan: